7 YEARS AGO...

 Assalammualaikum

    Saya Maisara. 

    Saya 17 tahun dan bakal menjadi calon SPM 2024. My mother is a blogger. Tak ingat dah nama blog dia apa jadi pandai-pandai lah cari. Macam biasa, masih tak tahu nak letak tajuk apa. Tak pandai bab-bab letak nama ni. Tidaklah sebijak mana. 

    Tujuh tahun berlalu tanpa menaip apa-apa kerana melalui kehidupan yang penuh dengan pancaroba tetapi jangan risau dengan adanya kucing hidup ini bakal bertukar menjadi bulu-bulu kehidupan pula. Dalam tujuh tahun itu juga banyak perkara yang sudah berlaku. Pada 2017 saya adalah budak sekolah rendah yang masih hingusan dan tiada konsistensi. Ketika itu juga saya tiada sebarang kebanggaan yang boleh ditunjuk dan boleh kata beban keluarga yang belum sedar diri tu beban. 

    Pada tahun 2018 saya mengambil peperiksaan UPKK dan berjaya memperoleh 8A yang sejurus itu membuat saya kembang hidung hampir sebulan kerana saya tidak pernah ambil serius dalam pembelajaran di sekolah fardhu ain. Pergi setakat nak jumpa kawan ada. Adik pemalas saya walau bagaimanapun merupakan calon UPKK bagi tahun 2023 jadi nantikan keputusan dia. 

    Pada 2019 saya mengambil UPSR pula sambil dalam masa yang sama melawan developing and unknown depression dan anxiety yang terjadi kerana tertekan. Masa tu boleh dikatakan paling dark disebabkan saya tak mahu pergi sekolah atau bergaul dengan orang langsung. Ketika itu juga saya sangat kemaruk beyblade dan menghabiskan habis berpuluh ringgit semata-mata untuk gasing moden dan launchernya yang nauzubillahiminzalik sampai RM20. Masa itu juga boleh dikatakan saya seorang pemberontak sebab saya suka keluar pergi cyber cafe dan lepak dengan lelaki. Akhirnya result UPSR saya hanyalah 2A, 3B dan 1C. 

    2020 merupakan permulaan Covid 19 dan saya memasuki sekolah menengah. Saya tak mahu masuk sekolah menangah, jujur cakap. Lah agaklah muka semua kerek- Kemudiannya, kehidupan menjadi lebih pancaroba sejurus itu kerana damage yang lockdown lakukan kepada saya. Berat badan semakin naik dan undiagnose depression dan anxiety menjadi semakin parah ye pembaca sekalian. 

    2021, saya memasuki tingkatan dua. Ketika ini juga saya mendengarkan bahawa UPSR dan PT3 dibatalkan sepenuhnya. Maka, ini menjadi greenlight untuk saya main sebanyak yang mungkin tetapi gagal apabila saya diserang panic attack pada suatu hari yang tidak berapa nak indah di sekolah. Dengan itu, saya menerima rawatan secara bulanan untuk panic attack, stress dan depression dengan kaunselor klinik dan kaunselor sekolah. Kemudian, saya sambung main-main. 

    Pada 2022, saya memasuki tingkatan tiga dan merupakan kali pertama pergi ke sekolah secara sepenuhnya setelah dua tahun bersekolah secara bergilir dan dalam talian. Di sini, saya boleh lihat akibat saya melalaikan pembelajaran saya setelah dua tahun tidak bersekolah. Saya lambat dapat dan markah peperiksaan saya merosot dengan teruk walaupun diletakkan di kelas paling depan daripada kelas kedua. Disini juga, saya sering merasakan seperti disisihkan oleh rakan sekelas. ketika ini juga sya mula merasakan yang saya tidak nampak masa depan. Gelap semuanya. Dengan tidak tahu mahu ambil aliran apa lagi tu. 

    Pada 2023, saya menaiki tingkatan empat dan memilih aliran Sains sukan. Pada mulanya rasa berat untuk terus tahun ini tetapi berubah apabila suatu hari dipilih untuk membaca ikrar ketika perhimpunan. Sejak daripada itu, saya asyik dipanggil untuk memasuki pelbagai jenis pertandingan. Pertandingan pertama yang saya sertai ialah pidato. Kemudiannya bicara buku dan seterusnya bicara santai. Satu persatu pertandingan saya sertai. Peperiksaan awal tahun bermula dan dengan sebaik mungkin saya mencuba untuk peperiksaan itu. 

    Untuk pertama kalinya dalam hidup sebagai seketul Maisara mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Kemudiannya saya sambung menyertai pertandingan lagi. Tidak putus-putus. Selepas raya, saya menyertai program kesihatan minda dan dapat tidur hotel (berhantu hotel tu, tak payah sebutlah) dan sebelum itu boleh diyakinkan yang panic attack saya bukan biasa tetapi merupakan anxiety. Lepastu sambung masuk pertandingan. 

    Pada bulan Oktober, saya menyertai pertandingan mural bersama budak sekelas dan itu merupakan pertandingan terakhir saya sertai untuk 2023 kerana balik sahaja dari pertandingan itu saya demam hampir seminggu. Cikgu pun terkejut saya tak join pertandingan yang kelas saya sertai selepas itu. Peperiksaan pertengahan tahun pula datang, kali ini kurang keyakinan tetapi masih berjaya mengekalkan tempat pertama dalam kelas dan tempat keempat dalam tingkatan. Untuk pertama kali dalam lapan tahun, saya pergi ke majlis anugerah kecemerlangan. 

    Dengan itu, saya boleh katakan saya menamatkan tahun 2023 dengan kebanggaan. Untuk masa akan datang pula, saya akan cuba sebaik mungkin untuk menamatkan zaman persekolah dengan kebanggaan yang lebih membanggakan. Untuk masa akan datang juga saya merancang untuk menerbitkan buku. 

    Ada dua jenis dalam proses. Satu berbahasa Melayu dan berjenis dark fantasy, friendship dan jenayah. Untuk buku kedua pula berbahasa Inggeris dan berjenis penyiasatan, abad ke-19 dan jenayah. Jadi dengan ini sila doakan yang terbaik untuk saya dalam masa akan datang. 

Untuk buku-buku saya dan peperiksaan SPM saya. 

Sekian. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERANGAI ADIK