Catatan

Tunjukkan catatan dari 2024

7 YEARS AGO...

Imej
  Assalammualaikum     Saya Maisara.      Saya 17 tahun dan bakal menjadi calon SPM 2024. My mother is a blogger. Tak ingat dah nama blog dia apa jadi pandai-pandai lah cari. Macam biasa, masih tak tahu nak letak tajuk apa. Tak pandai bab-bab letak nama ni. Tidaklah sebijak mana.      Tujuh tahun berlalu tanpa menaip apa-apa kerana melalui kehidupan yang penuh dengan pancaroba tetapi jangan risau dengan adanya kucing hidup ini bakal bertukar menjadi bulu-bulu kehidupan pula. Dalam tujuh tahun itu juga banyak perkara yang sudah berlaku. Pada 2017 saya adalah budak sekolah rendah yang masih hingusan dan tiada konsistensi. Ketika itu juga saya tiada sebarang kebanggaan yang boleh ditunjuk dan boleh kata beban keluarga yang belum sedar diri tu beban.      Pada tahun 2018 saya mengambil peperiksaan UPKK dan berjaya memperoleh 8A yang sejurus itu membuat saya kembang hidung hampir sebulan kerana saya tidak pernah ambil serius dalam pembelajaran di sekolah fardhu ain. Pergi setakat nak jump